Wednesday, November 3, 2010

KEJOHANAN PETANQUE JEMPUTAN NASCOOPC

Kejohanan Petanque jemputan NASCOOPC akan diadakan di gelanggang petanque NASCOOPC, SMK Nasiruddin Shah pada hari Jumaat (5/11/2010) hingga Sabtu (6/11/2010).

Pendaftaran dan Pusingan Awal pada hari Jumaat (5/11/2010) jam 3.00 ptg. Pusingan seterusnya dan perlawanan akhir pada hari Sabtu (6/11/2010), bermula jam 8.30 pg.

FRIENDLY MATCH - SMA MAARIF



Perlawanan persahabatan dengan pasukan SMA MAARIF. Empat pasukan Triple NASCOOPC melawan pasukan SMA  MAARIF secara liga. Pasukan NASCOOPC berjaya menang 10 perlawanan dan SMA MAARIF menang 6 perlawanan.

Tuesday, October 12, 2010

FRIENDLY MATCH

Satu perlawanan persahabatan telah diadakan petang tadi dengan SMK Tengku Mahmud 2. Keputusan perlawanan tidak dititikberatkan dalam perlawanan persahabatan, yang penting bermain dengan baik dan dengan semangat kesukanan dan semangat berpetanque yang tinggi.

Friday, October 1, 2010

MATCH

Ahli NASCOOPC yang turun berlatih mengikut jadual yang telah ditetapkan semakin berkurangan, mungkin sudah pudar semangat untuk berpetanque.

Walaubagaimanapun beberapa pemain tegar NASCOOPC terus istiqamah berpetanque, terus bersemangat untuk meningkatkan prestasi dan skills masing-masing. Tahniah untuk anda semua.

Empat orang pemain petanque NASCOOPC yang boleh dikategorikan sebagai HARDCORE iaitu En. Hakim, En. Rosli a.k.a Long, En. Sudin dan En. Azmiruddin a.k.a Deck, saling cabar mencabar dan bakar membakar agar semangat aura petanque terus hangat dalam diri masing-masing.

Diharap ahli-ahli NASCOOPC yang lain mencontohi mereka.

Selepas Hari Raya

Rasanya dah terlewat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua ahli NASCOOPC dan juga pemain-pemain Petanque seluruh dunia, khasnya pemain-pemain di Malaysia.

Friday, August 13, 2010

WELCOME RAMADHAN

ALHAMDULILLAH....kerana berkesempatan untuk bertemu dengan bulan yang mulia bulan Ramadhan. Bulan untuk menyucikan diri dan menambahkan amal ibadah. Carilah Lailatul Qadar, satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Semoga semua ahli NASCOOPC dan semua umat Islam mendapat rahmat dan keberkatan pada bulan Ramadhan ini. INSYAALLAH.

KEJOHANAN PRA-RAMADHAN

Kejohanan Pra-Ramadhan telah diadakan pada hari Ahad (8 Ogos 2010).

Keputusan :
                       
JOHAN              :          TEAM AZMIRUDDIN, KAZIME dan SAMSUDIN

N.JOHAN          :          TEAM  MAWI, ZAINUDDIN dan ROSLI Z

KETIGA             :          TEAM ASRI. HAKIM dan OMER

KEEMPAT         :          TEAM WAN MAZLAN, WAN ABDULLAH dan UST ZAKI