Wednesday, November 3, 2010

KEJOHANAN PETANQUE JEMPUTAN NASCOOPC

Kejohanan Petanque jemputan NASCOOPC akan diadakan di gelanggang petanque NASCOOPC, SMK Nasiruddin Shah pada hari Jumaat (5/11/2010) hingga Sabtu (6/11/2010).

Pendaftaran dan Pusingan Awal pada hari Jumaat (5/11/2010) jam 3.00 ptg. Pusingan seterusnya dan perlawanan akhir pada hari Sabtu (6/11/2010), bermula jam 8.30 pg.

FRIENDLY MATCH - SMA MAARIF



Perlawanan persahabatan dengan pasukan SMA MAARIF. Empat pasukan Triple NASCOOPC melawan pasukan SMA  MAARIF secara liga. Pasukan NASCOOPC berjaya menang 10 perlawanan dan SMA MAARIF menang 6 perlawanan.

Tuesday, October 12, 2010

FRIENDLY MATCH

Satu perlawanan persahabatan telah diadakan petang tadi dengan SMK Tengku Mahmud 2. Keputusan perlawanan tidak dititikberatkan dalam perlawanan persahabatan, yang penting bermain dengan baik dan dengan semangat kesukanan dan semangat berpetanque yang tinggi.

Friday, October 1, 2010

MATCH

Ahli NASCOOPC yang turun berlatih mengikut jadual yang telah ditetapkan semakin berkurangan, mungkin sudah pudar semangat untuk berpetanque.

Walaubagaimanapun beberapa pemain tegar NASCOOPC terus istiqamah berpetanque, terus bersemangat untuk meningkatkan prestasi dan skills masing-masing. Tahniah untuk anda semua.

Empat orang pemain petanque NASCOOPC yang boleh dikategorikan sebagai HARDCORE iaitu En. Hakim, En. Rosli a.k.a Long, En. Sudin dan En. Azmiruddin a.k.a Deck, saling cabar mencabar dan bakar membakar agar semangat aura petanque terus hangat dalam diri masing-masing.

Diharap ahli-ahli NASCOOPC yang lain mencontohi mereka.

Selepas Hari Raya

Rasanya dah terlewat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua ahli NASCOOPC dan juga pemain-pemain Petanque seluruh dunia, khasnya pemain-pemain di Malaysia.

Friday, August 13, 2010

WELCOME RAMADHAN

ALHAMDULILLAH....kerana berkesempatan untuk bertemu dengan bulan yang mulia bulan Ramadhan. Bulan untuk menyucikan diri dan menambahkan amal ibadah. Carilah Lailatul Qadar, satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Semoga semua ahli NASCOOPC dan semua umat Islam mendapat rahmat dan keberkatan pada bulan Ramadhan ini. INSYAALLAH.

KEJOHANAN PRA-RAMADHAN

Kejohanan Pra-Ramadhan telah diadakan pada hari Ahad (8 Ogos 2010).

Keputusan :
                       
JOHAN              :          TEAM AZMIRUDDIN, KAZIME dan SAMSUDIN

N.JOHAN          :          TEAM  MAWI, ZAINUDDIN dan ROSLI Z

KETIGA             :          TEAM ASRI. HAKIM dan OMER

KEEMPAT         :          TEAM WAN MAZLAN, WAN ABDULLAH dan UST ZAKI

Tuesday, August 3, 2010

TEKNIK ASAS SHOOTING

1. Pastikan kedudukan kaki,badan, tangan dalam keadaan betul dan selesa.
  
2. Tumpukan perhatian kepada target (boule/jack).


3. Hayunkan tangan ke belakang dengan pergerakan seluruh badan dengan lembut dan lancar.


 
4. Ketika melepaskan bola
    - Tangan lurus
    - Pergelangan tangan bengkok ke atas
    - Jari rapat
    - Lutut dan pinggang terkunci
    - Setkan minda – ‘put’ bukan ‘shoot’


TIP POINTING

1.  Kedudukan badan / kaki mestilah seimbang

2.  Kedudukan mata ke arah landing point (boule jatuh).

3.  Ketika boule dilepaskan jari rapat dan lurus ke atas.

Kejohanan Sabun dan Pencuci Pinggan

Satu pertandingan diantara ahli NASCOOPC sempena Perkhemahan Perdana SMK Nasiruddin Shah telah diadakan pada 28 dan 29 JULAI 2010. Hadiah kemenangan berupa barangan seperti sabun basuh, sabun mandi dan pencuci pinggan.

KEPUTUSAN : JOHAN (Rosli, Din, Abg Zul dan Mawi)

N. JOHAN (Azmiruddin, Sudin dan Zaini)

KETIGA (Wan Mazlan, Wan Lah dan Ust Zaki)

KEEMPAT (Hakim, Asri dan Omer)

Monday, July 26, 2010

Petanque Seri Nering...


Pada 24/7/2010 hari Sabtu, satu pertandingan petanque jemputan SMK Seri Nering telah diadakan. NASCOOPC telah diwakili oleh 4 pasukan, NASCOOPC A (Mawi, Rosli, Din), NASCOOPC B (Azmiruddin, Sudin, Zaini), NASCOOPC C (Hakim, Asri, Omer) dan NASCOOPC D (Wan Lah, Wan Mazlan, Ust Zaki).


Keputusan : NASCOOPC A - Johan Kumpulan, Naib Johan

NASCOOPC B - Johan Kumpulan, Suku Akhir

NASCOOPC C - N. Johan Kumpulan, Suku Akhir

NASCOOPC D - Johan Kumpulan, Ketiga


TAHNIAH..kepada kumpulan yang berjaya dan juga kepada kumpulan lain kerana menunjukkan peningkatan dan menjulang nama NASCOOPC.

Tuesday, July 13, 2010

TEKNIK ASAS KEDUDUKAN KAKI

1. Kedudukan kaki separuh ke depan dan separuh ke belakang.


2. Kedudukan kaki sama / selari


3. Kedudukan terbuka di hadapan, rapat di bahagian belakang.

MESYUARAT KEDUA

Mesyuarat NASCOOPC kali kedua akan diadakan pada hari Rabu (14 JULAI 2010) bertempat di Dewan Terbuka pukul 1.30pm. Semua ahli NASCOOPC wajib hadir.

Saturday, July 10, 2010

Teknik Asas Petanque

TEKNIK ASAS MEMEGANG BOLA


A. Menggunakan 4 jari rapat tanpa menggunakan ibu jari.



B. Menggunakan Kelima-lima jari dengan sokongan ibu jari pada sisi tepi.

C. Menggunakan kelima-lima jari dengan sokongan ibu jari pada sisi depan.

D. Menggunkan kelima-lima jari dengan sokongan ibu jari pada sisi belakang.


Bincang Petanque

Perbincangan Timbalan Pengerusi NASCOOPC,En. Asri (baju merah) dengan Setiausaha Persatuan Petanque Negeri Kelantan, En. Wan Zakaria, menambahkan lagi maklumat berkaitan Petanque di Malaysia selain bertukar-tukar pendapat, ilmu dan pengalaman.

Jamuan

Jamuan kesyukuran kerana kejayaan group NASCOOPC B menjadi naib johan dalam kejohanan Petanque terbuka wilayah timur sempena Karnival Belia. Semoga dengan kejayaan ini akan menambah semangat untuk menang dalam kejohanan-kejohanan Petanque yang akan disertai oleh ahli-ahli NASCOOPC. Kepada Group NASCOOPC A dan NASCOOPC C walaupun gagal dipusingan awal dan suku akhir tetapi masih menunjukkan permainan yang baik. TAHNIAH.

Friday, July 9, 2010

Pengenalan

Kelab Petanque Koperasi SMK Nasiruddin Shah atau NASCOOPC (Nasiruddin Shah Cooperative Petanque Club) ditubuhkan secara rasmi pada 2 JUN 2010 serentak dengan mesyuarat pertama di Restoran Nasi Kandar, Alor Lintang.



Penubuhan kelab adalah untuk memperkasakan permainan petanque dikalangan warga SMK Nasiruddin Shah dan menjadikan SMK Nasiruddin Shah sebuah sekolah beridentitikan permainan Petanque serta akan dikembangkan dari semasa ke semasa supaya permainan ini popular dikalangan masyarakat khasnya di Besut.