Saturday, July 10, 2010

Teknik Asas Petanque

TEKNIK ASAS MEMEGANG BOLA


A. Menggunakan 4 jari rapat tanpa menggunakan ibu jari.



B. Menggunakan Kelima-lima jari dengan sokongan ibu jari pada sisi tepi.

C. Menggunakan kelima-lima jari dengan sokongan ibu jari pada sisi depan.

D. Menggunkan kelima-lima jari dengan sokongan ibu jari pada sisi belakang.


Bincang Petanque

Perbincangan Timbalan Pengerusi NASCOOPC,En. Asri (baju merah) dengan Setiausaha Persatuan Petanque Negeri Kelantan, En. Wan Zakaria, menambahkan lagi maklumat berkaitan Petanque di Malaysia selain bertukar-tukar pendapat, ilmu dan pengalaman.

Jamuan

Jamuan kesyukuran kerana kejayaan group NASCOOPC B menjadi naib johan dalam kejohanan Petanque terbuka wilayah timur sempena Karnival Belia. Semoga dengan kejayaan ini akan menambah semangat untuk menang dalam kejohanan-kejohanan Petanque yang akan disertai oleh ahli-ahli NASCOOPC. Kepada Group NASCOOPC A dan NASCOOPC C walaupun gagal dipusingan awal dan suku akhir tetapi masih menunjukkan permainan yang baik. TAHNIAH.

Friday, July 9, 2010

Pengenalan

Kelab Petanque Koperasi SMK Nasiruddin Shah atau NASCOOPC (Nasiruddin Shah Cooperative Petanque Club) ditubuhkan secara rasmi pada 2 JUN 2010 serentak dengan mesyuarat pertama di Restoran Nasi Kandar, Alor Lintang.



Penubuhan kelab adalah untuk memperkasakan permainan petanque dikalangan warga SMK Nasiruddin Shah dan menjadikan SMK Nasiruddin Shah sebuah sekolah beridentitikan permainan Petanque serta akan dikembangkan dari semasa ke semasa supaya permainan ini popular dikalangan masyarakat khasnya di Besut.