Friday, October 1, 2010

MATCH

Ahli NASCOOPC yang turun berlatih mengikut jadual yang telah ditetapkan semakin berkurangan, mungkin sudah pudar semangat untuk berpetanque.

Walaubagaimanapun beberapa pemain tegar NASCOOPC terus istiqamah berpetanque, terus bersemangat untuk meningkatkan prestasi dan skills masing-masing. Tahniah untuk anda semua.

Empat orang pemain petanque NASCOOPC yang boleh dikategorikan sebagai HARDCORE iaitu En. Hakim, En. Rosli a.k.a Long, En. Sudin dan En. Azmiruddin a.k.a Deck, saling cabar mencabar dan bakar membakar agar semangat aura petanque terus hangat dalam diri masing-masing.

Diharap ahli-ahli NASCOOPC yang lain mencontohi mereka.

Selepas Hari Raya

Rasanya dah terlewat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua ahli NASCOOPC dan juga pemain-pemain Petanque seluruh dunia, khasnya pemain-pemain di Malaysia.